
Tertuduh, Muhammad Amirullah Zaazuren, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Felda Raja Alias 2, Jempol, 12.30 tengah malam, 30 Dis 2024.
Justeru, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat, lapor Harian Metro.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah bon kerana ibunya mempunyai hutang dengan bank.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat 240 jam dalam tempoh 12 bulan dengan cagaran bon RM4,000.