Lantik 2 wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen

Lantik 2 wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pelantikan itu akan dibuat oleh jawatankuasa pemilih dengan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

dewan rakyat
Anwar Ibrahim berkata semua Ahli Dewan Rakyat perlu terima kenyataan negara harus lebih matang dari sudut kebebasan dan demokrasi berparlimen. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan bersetuju melantik dua wakil rakyat pembangkang dalam Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen sebagai usaha memperkasanya sebagai institusi perundangan tertinggi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata pelantikan ahli jawatankuasa yang dianggotai dua senato dan dua Ahli Parlimen kerajaan itu akan badan pemilih dengan kelulusan oleh Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

“Kerajaan setuju membuat pindaan dalam jawatankuasa (Majlis Perkhidmatan Parlimen) jika Rang Undang-Undang ini diluluskan di Dewan Rakyat.

“Ini dengan memasukkan pindaan bertujuan untuk memperuntukkan bagi penetapan proses lantikan dua senator, empat Ahli Parlimen ke dalam Jawatankuasa Majlis dan dua wakil dari pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025.

Anwar juga menyeru semua Ahli Dewan Rakyat menerima kenyataan negara harus lebih matang dari sudut kebebasan dan demokrasi berparlimen.

Katanya, perlu ada suara yang lebih bertanggungjawab untuk menyokong usaha itu sepenuhnya.

“Penggubalan RUU ini adalah satu pencapaian yang dikenang dalam sejarah negara..satu legasi yang akan membentuk masa depan Malaysia yang lebih telus, berintegriti dan berwibawa,” katanya.

Minggu lalu RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Feb lalu untuk bacaan kali pertama.

Sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah penting dalam mereformasi institusi demokrasi negara.

Menurutnya, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.