2 mengaku salah rompak guna parang, pisau

2 mengaku salah rompak guna parang, pisau

Mohamad Alif Ahmad dan Mohd Hasimi Mohamud mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan rompakan bersenjata di Bachok pada 30 Jan lalu.

Mahkamah Majistret Kota Bharu
Mahkamah Sesyen Kota Bharu menetapkan 9 April sebagai tarikh fakta kes serta hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.
PETALING JAYA:
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua pertuduhan melakukan rompakan bersenjata di Bachok pada 30 Jan lalu.

Berita Harian melaporkan Mohamad Alif Ahmad, 30, dan Mohd Hasimi Mohamud, 43, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Zulkifli Abllah yang menetapkan 9 April sebagai tarikh fakta kes serta hukuman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dua lelaki itu didakwa melakukan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa 49 tahun di Kampung Padang Lati, Bachok pada 12.30 tengah malam 30 Jan lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan sebilah parang dan pisau terhadap warga Pakistan di sebuah kedai runcit di Bukit Marak, Padang Lati, Bachok pada 1.30 pagi 30 Jan lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.