
Beliau yang juga menteri sumber asli dan kelestarian alam, memaklumkan perkara itu ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Setiawangsa, semalam.
“Pemilihan PKR tahun ini bakal menjadi tumpuan ramai, bukan sekadar dalam kalangan ahli parti, tetapi juga oleh rakyat yang menilai kesatuan dan kekuatan kita,” katanya sambil menyuarakan hasrat mempertahankan ketua PKR Setiawangsa.
Nik Nazmi berkata, meraikan demokrasi yang matang perlu disusuli persaingan berlangsung dengan penuh adab, semangat setiakawan, selain fokus agenda besar mengukuhkan PKR.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, beliau bersama PKR Setiawangsa juga menyokong untuk Anwar Ibrahim kekal presiden dan Rafizi Ramli, timbalan presiden.
“Saya percaya bahawa PKR bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah gerakan membawa harapan dan perubahan,” katanya.
Baru-baru ini, Amirudin Shari yang juga menteri besar Selangor membuat keputusan mempertahankan jawatan naib presiden.
PKR dijadualkan mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April. Pemilihan bagi kepimpinan pusat akan berlangsung pada 24 Mei.