
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, yang pernah menjadi pengerusi PKR Johor pada 2014 hingga 2019 juga berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan pada peringkat cabang yang dijadualkan bulan depan.
Hassan menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi peluang kepada pelapis dan pemimpin muda, dan menggesa pemimpin veteran lain dalam PKR turut berbuat perkara sama.
“Saya sudah berkhidmat dan mahu orang muda pula memberi sumbangan mereka dalam PKR,” katanya pada sidang media di Bandar Permas Jaya hari ini, lapor Berita Harian.
“Masa saya sudah berlalu. Saya juga tidak bertanding atas faktor umur (74 tahun).”
Dilaporkan sebelum ini, PKR akan mengadakan pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), serta bagi sayap Wanita dan Pemuda, pada 24 Mei ini.
Menurut Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, pemilihan bagi peringkat cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.