
PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad ini, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad.
Beliau dalam pengumuman langsung sebentar tadi berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan raja-raja.
Proses melihat anak bulan Ramadan dilakukan di 29 lokasi di seluruh negara petang tadi.