
Ketua Polis Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah, berkata mereka ialah nenek dan ibu saudara mangsa.
“Ibu bapa mangsa belum lagi disebabkan emosi mereka belum stabil berikutan kehilangan anak tersayang.
“Kita akan rekod keterangan kedua-duanya apabila emosi mereka tenang,” katanya menurut Berita Harian.
Semalam, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut susulan kematian Hud Aryan kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian, termasuk merakam keterangan ibu bapanya.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau jenayah, tetapi siasatan lanjut perlu kerana bimbang ada kecuaian.
Tetapi, katanya, setakat ini pihaknya tidak membuka kertas siasatan, sebaliknya mengklasifikasikan kes itu mati mengejut.
Kelmarin, media melaporkan Hud Aryan ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai Kampung Kerila pada 4.15 petang.
Mayat Hud Aryan ditemui kira-kira 3km dari lokasi kediaman neneknya dan 45 jam dari tempoh dilaporkan hilang.