Kes warga asing cuba bolos melalui KLIA, 5 penjawat awam ditukar

Kes warga asing cuba bolos melalui KLIA, 5 penjawat awam ditukar

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai melanggar peraturan dan mencemarkan imej perkhidmatan awam.

bolos melalui KLIA
Antara warga asing yang ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan ketika cuba bolos melalui KLIA Terminal 2. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Lima penjawat awam ditukarkan selepas 12 warga Vietnam dan Kemboja ditahan cuba bolos dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 28 Jan serta 12 Feb lalu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan berkata lima penjawat awam itu juga sedang disiasat kerana disyaki terbabit kes warga asing cuba bolos dari Malaysia.

“Pegawai ini sedang disiasat bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya dalam kenyataan.

Ia memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai melanggar peraturan dan mencemarkan imej perkhidmatan awam.

Agensi itu berkata, tiga warga Vietnam dan sembilan warga Kemboja itu dikesan pegawainya di ruang menunggu untuk menaiki pesawat.

“Siasatan awal mendapati semua warga asing ini memiliki cap keluar dan masuk dipercayai tidak tulen serta diperoleh secara tidak teratur dan melakukan kesalahan tinggal lebih masa bawah Seksyen 56(1)(l) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Tiga warga Vietnam itu telah diusir, manakala sembilan lagi warga Kemboja masih direman untuk siasatan lanjut.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.