RM562,000 lebur, warga emas terpedaya untung berganda

RM562,000 lebur, warga emas terpedaya untung berganda

Polis berkata lelaki 80 tahun itu mendakwa tidak pernah menerima sebarang keuntungan dan suspek gagal dihubungi serta laman sesawang tidak boleh diakses.

scammers
Polis berkata mangsa yang terpedaya pulangan lumayan membuat lapan transaksi menerusi tiga akaun bank berbeza mulai September lalu hingga awal bulan ini.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas kerugian RM562,000 diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata lelaki 80 tahun itu membuat laporan semalam mendakwa terpedaya pelaburan diiklankan di Facebook pada September lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi individu tidak dikenali melalui WhatsApp yang menjanjikan pulangan besar dan mengarahkannya mendaftar di laman sesawang diberikan bagi melihat keuntungan selepas membuat pelaburan.

“Terpedaya dengan keuntungan berganda itu, mangsa membuat lapan transaksi menerusi tiga akaun bank berbeza bermula September 2024 hingga awal Februari ini,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan selepas memindahkan RM562,000, manakala suspek pula gagal dihubungi dan laman sesawang terbabit tidak boleh diakses.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.