Chow kekal ketua PH P Pinang, Sim dilantik timbalan

Chow kekal ketua PH P Pinang, Sim dilantik timbalan

Nurul Izzah Anwar dari PKR manakala dan Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil turut dilantik timbalan pengerusi PH Pulau Pinang.

chow kon yeow
Chow Kon Yeow bersama beberapa pimpinan baharu Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang. (Gambar DAP Penang)
GEORGE TOWN:
Ketua Menteri Chow Kon Yeow kekal sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang walaupun beliau tidak lagi menjadi ketua DAP negeri.

Penggantinya sebagai ketua DAP Pulau Pinang Steven Sim pula dilantik sebagai salah seorang daripada tiga timbalan pengerusi PH.

Dua lagi yang dilantik ke jawatan itu ialah Ketua PKR Pulau Pinang Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil.

Chow berkata beliau kekal sebagai ketua PH Pulau Pinang demi kesinambungan memandangkan beliau masih ketua menteri dan di atas permintaan jawatankuasa terbabit.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang Ramkarpal Singh, Timbalan Ketua Menteri Mohamad Abdul Hamid dan Timbalan Ketua Amanah Pulau Pinang Zaidi Zakaria dilantik naib pengerusi.

Ahli Parlimen Tanjong Lim Hui Ying yang juga timbalan menteri kewangan memegang jawatan setiausaha.

Dalam pada itu, Chow berkata barisan pimpinan baharu PH Pulau Pinang itu akan membuat persiapan menghadapi PRU16 dengan fokus kepada memperkukuh sokongan akar umbi.

Menurutnya, selain meningkatkan keyakinan menerusi perkhidmatan awam cekap, PH juga akan bekerjasama dengan NGO serta pemimpin setempat untuk mendekati rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.