
Menurutnya, bantuan itu sebahagian peruntukan tambahan RM30 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
“Saya minta Syed Mokhtar Al-Bukhary bantu pesawah dan bukannya parti politik memandangkan Bernas jana keuntungan daripada pesawah. Jadi, beliau setuju menyumbang RM30 juta sebelum ini.
“Daripada peruntukan itu, kita akan salur persediaan awal Ramadan dan Syawal kepada pesawah sebanyak RM15 juta dengan segera. Kita harap ia dapat dilaksanakan sebelum permulaan Ramadan,” katanya menurut Berita Harian pada pelancaran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kampung Pida 4, Ayer Hitam dekat Jerlun.
Beliau berkata, penyaluran bantuan itu akan diselaraskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Bernas.
Pada 13 Feb lalu, Anwar mengumumkan Syed Mokhtar melalu Bernas akan menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
Katanya, persetujuan itu dibuat Syed Mokhtar selepas dihubunginya pada hari sama.