‘Hanya fokus poster daripada usaha’, Sim kecam pembangkang

‘Hanya fokus poster daripada usaha’, Sim kecam pembangkang

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata usaha dan pencapaian kementerian membantu masyarakat seharusnya jadi fokus.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim merasmikan Minggu Latihan Kebangsaan di MITEC.
KUALA LUMPUR:
Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengecam tindakan seorang pemimpin pembangkang yang disifatkan hanya memainkan isu gambar poster ‘townhall’, daripada fokus usaha dan pencapaian kementeriannya.

Beliau berkata rapat umum itu sepatutnya menggambarkan usaha kementerian dalam membantu pemegang taruh termasuk membela nasib lebih 1 juta pekerja gig di negara ini.

“Tapi pembangkang hanya berminat sentuh isu poster. Kalau kita sentiasa fokus benda sedemikian, kita akan tertinggal.

“Maka ini sebab mengapa pentingnya untuk kita dalam Kesuma ini mengikuti perubahan digital semasa,” katanya berucap melancarkan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW).

Beliau merujuk kritikan Ketua Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan keputusan kementerian menggunakan gambar yang didakwanya sebagai gereja sebagai latar belakang kain rentang town hall tersebut.

Badrul Hisham mendakwa grafik pada kain rentang promosi satu sesi town hall mengandungi unsur pluralisme dan sekularisme.

Dalam laporan polis, wakil Kementerian Sumber Manusia menjelaskan bahawa pereka grafik hanya menggunakan Canva, sebuah perisian yang menyediakan alat untuk menghasilkan grafik bagi media sosial dan pembentangan.

Ditemui media selepas majlis itu, laporan polis telah dibuat oleh penjawat awam yang membuat poster terbabit kerana melihat ia sebagai hasutan.

“Ia telah diputar belit kepada bahan fitnah memfokuskan poster pula,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.