
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.
Menurut sumber, lelaki berusia sekitar 50-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2020, dengan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah syarikat kejuruteraan melalui pendepositan wang ke dalam akaun milik suspek.
“Lelaki itu juga disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM450 hingga RM550 melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi, mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.