
Namun, dalam kenyataan ringkas, AGC tidak mengemukakan sebarang alasan atas keputusan tidak melakukan pendakwaan terhadap penganjur bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.
Meskipun AGC tidak menyebut penganjur, dua himpunan iaitu ‘Gempur Rasuah Sabah’ dan ‘Himpunan Bangkit Sabahan’, diadakan pada 31 Dis lalu di Kota Kinabalu.
‘Gempur Rasuah Sabah’ adalah himpunan antirasuah dianjurkan aktivis pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), manakala ‘Himpunan Bangkit Sabahan’ menjadi himpunan balas menyokong Ketua Menteri Hajiji Noor.
Sebelum ini dilaporkan, Presiden Suara Mahasiswa UMS, Fadhil Kasim, mungkin berdepan pendakwaan mengikut Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan kerana gagal memberi notis pemakluman kepada pihak berkuasa dan menghina kehormatan seseorang.
Minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat, siasatan ke atas protes dipimpin pelajar itu akan dihentikan dan tiada tindakan diambil, selepas mengumumkan kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman.