Suri rumah didakwa tikam suami hingga mati

Suri rumah didakwa tikam suami hingga mati

Hew Pit Lee, 59, didakwa membunuh Wong Chee Min, 61, pada 16 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Gavel
Majistret Fatin Dayana Jalil menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes. (Gambar Pexels)
PETALING JAYA:
Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Kajang kerana menikam suaminya hingga mati di sebuah pangsapuri minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hew Pit Lee, 59, berikutan kes berkenaan bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Ketika tuduhan dibacakan, wanita itu hanya memandang ke bawah dan terpaksa dipanggil beberapa kali oleh jurubahasa, namun tidak memberikan sebarang respons.

Hew didakwa membunuh Wong Chee Min, 61, di sebuah pangsapuri di Kajang, Semenyih, pada 16 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun, serta sebat tidak kurang 12 kali.

Majistret Fatin Dayana Jalil menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dilaporkan pada 17 Feb, seorang wanita menikam suaminya sehingga mati di depan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang akibat perselisihan faham.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.