
Mangsa, Azhehari Ansar, 46, maut di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Klang Selatan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 6.31 petang tadi.
Menurutnya, kejadian tersebut turut membabitkan anak perempuan mangsa berusia 13 tahun yang tidak mengalami kecederaan.
“Kanak-kanak terbabit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala bapanya tersepit dan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu.
“Mangsa, Azhehari Ansar, berjaya dikeluarkan pada 7.12 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.