PKR akan tanding PRN Sarawak, tolak seruan tak letak calon

PKR akan tanding PRN Sarawak, tolak seruan tak letak calon

Ketika ini GPS menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN dengan DAP mempunyai dua kerusi.

PKR Sarawak bertanding 28 kerusi pada PRN 2021 namun gagal menang sebarang kawasan dengan 22 kerusi ditandingi calonnya hilang deposit.
PETALING JAYA:
PKR memutuskan akan bertanding PRN Sarawak akan datang, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 2027, sekali gus menolak seruan parti itu tidak meletakkan calon.

Pakatan Harapan Sarawak berkata, sebelum ini DAP dan Amanah negeri menyatakan pendirian berhasrat bertanding pada PRN itu, lapor Dayak Daily.

“Ini adalah kenyataan rasmi pertama PKR Sarawak mengesahkan penglibatan pada PRN akan datang,” kata PH Sarawak.

Sebelum ini, beberapa pihak dalam gabungan parti pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggesa PKR tidak bertanding pada PRN.

Beberapa penganalisis juga menyuarakan gesaan sama, dengan menyatakan ia bagi memastikan PH mendapat sokongan GPS selepas PRU akan datang.

Ketika ini, GPS menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN, dengan DAP mempunyai dua kerusi, walaupun parti tersebut bersekutu di peringkat pusat.

PKR Sarawak bertanding 28 kerusi pada PRN 2021, namun gagal menang sebarang kerusi, dengan 22 kawasan ditandingi calonnya hilang deposit.

Pada PRN 2016, PKR menang tiga kerusi.

Tahun lalu, Pengerusi GPS Abang Johari Openg berseloroh dominasi parti gabungannya dalam DUN seakan-akan DAP dan PKR ‘tidak wujud’ di negeri berkenaan.

PRN Sarawak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 15 April 2027.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.