PRN Sabah: Perlu menang banyak kerusi, Zahid mahu BN dominan semula

PRN Sabah: Perlu menang banyak kerusi, Zahid mahu BN dominan semula

Zahid Hamidi umum BN Sabah akan ambil kira calon mewakili suku kaum dan meramaikan calon wanita.

zahid
Pengerusi Zahid Hamidi kata beliau sendiri akan memandu BN Sabah bagi menyediakan manifesto PRN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pengerusi Zahid Hamidi mahu Barisan Nasional menjadi dominan semula di Sabah, dengan memenangi lebih banyak kerusi pada PRN ke-17 akan datang.

Zahid yang juga presiden Umno berkata beliau sendiri akan memandu BN Sabah bagi menyediakan manifesto PRN Sabah.

“Manifesto ini bukan kitab suci, tetapi sekali kita berjanji, janji wajib ditepati dan jangan risau BN, Umno mahu kerjasama dengan gabungan mana, sama ada mahu Pakatan Harapan, Gabungan Rakyat Sabah atau parti lain itu tuan puan jangan risau,” katanya lapor Bernama, di majlis sambutan ulang tahun Umno Sabah ke-34 di Tawau, Sabah.

Dalam pada itu, Zahid mengumumkan BN Sabah akan mengambil kira calon mewakili suku kaum di Sabah dan meramaikan calon wanita

Beliau juga berkata BN Sabah tidak menutup rapat pintu kerjasama dengan parti lain.

“Kita akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai semangat serta tujuan sama sekali gus penting mencapai garis utama iaitu demi kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Dr Zambry Abdul Kadir, dan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin.

PRN 2020 menyaksikan BN Sabah menang 14 DUN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.