Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor

Setiausaha Akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim berkata keadaan bekas perdana menteri itu baik tetapi tekanan darah turun naik.

ismail sabri yaakob
Keadaan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital semalam.
KUALA LUMPUR:
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut Setiausaha Akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim.

“Keadaan beliau okey cuma tekanan darah turun naik. Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azran Fitri berkata pihak hospital tidak membenarkan Ismail menerima pelawat kecuali ahli keluarga buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Ahli Parlimen Bera itu dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi semalam.

Ismail dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.