
Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad berkata wakil rakyat Perak itu pengsan di Stadium Bandaraya di George Town pada jam 5.20 petang ketika bersalaman dengan pemain lain di tepi padang.
“Beliau dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan di tepi padang tetapi disahkan meninggal dunia di jabatan kecemasan pada jam 6.28 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Ishsam berusia 58 tahun, dan menjadi wakil rakyat sejak 2022.
Sebelum menyertai politik, Ishsam adalah bekas pemain bola sepak profesional dan pernah membantu Perak memenangi Piala FA yang pertama kali diperkenalkan pada 1990.
Dianggap sebagai antara pemain tengah terhebat pada era 80-an dan 90-an, Ishsam juga beberapa kali dipanggil mewakili negara.
Pada PRU 2022, Ishsam dari Umno menang kerusi Ayer Kuning dalam pertembungan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi.