
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata anak lelaki pasangan itu menghubungi polis dan memaklumkan bapanya yang berusia 65 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dengan pisau selepas dipercayai membunuh ibunya.
Beliau berkata siasatan ke lokasi mendapati mangsa warga tempatan berusia 63 tahun ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia.
“Senjata pisau digunakan dalam kejadian ini telah dirampas bersama beberapa barang kes lain bagi membantu siasatan.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan dipercayai suspek mengalami tekanan perasaan akibat perniagaan yang dijalankan selama 25 tahun mengalami masalah kewangan dan penyakit yang dialami oleh isterinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Suspek dibenarkan reman selama seminggu sehingga 27 Feb ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.