Polis siasat kes budak disyaki dicabul di masjid

Polis siasat kes budak disyaki dicabul di masjid

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan laporan mengenai insiden pagi tadi diterima dan siasatan sedang dijalankan.

cubaan rogol budak di masjid
Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki dicabul ketika menunaikan solat subuh berjemaah di sebuah masjid di Batang Kali.
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pagi tadi.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata siasatan sedang dijalankan susulan laporan itu.

“Kes dalam siasatan,” katanya ringkas kepada FMT, memaklumkan kenyataan lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki dicabul ketika menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan.

Menerusi perkongsian, seorang lelaki dilihat menceroboh ke ruang solat wanita ketika jemaah sedang solat dan melarikan seorang kanak-kanak.

Susulan itu, warganet menggesa siasatan dijalankan dan mahu suspek ditangkap segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.