
Lelaki berusia 64 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bersama pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, menurut Kosmo.
Timbalan Ketua Polis Sepang G Shan Gopal mengesahkan perkara berkenaan.
Beliau berkata isteri lelaki itu juga turut berdepan pertuduhan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tinggal lebih masa.
“Wanita warga Indonesia berusia 52 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh mahkamah sama.
“Wanita itu mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sebelum ini, penjual jagung berkenaan mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman ketika menjual jagung bakar di Kota Warisan di sini baru ini.