Terminal 3 KLIA hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh

Terminal 3 KLIA hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh

Loke Siew Fook berkata Terminal 2 masih beroperasi di bawah kapasiti penumpang.

Pembangunan jangka panjang KLIA turut babit pembesaran Terminal 1 dan Terminal 2.
PETALING JAYA:
Pembinaan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbangkan sekiranya Terminal 2 telah mencapai kapasiti kapasiti maksimum pengendalian penumpang, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau berkata rancangan pembinaan terminal baharu itu adalah pembangunan jangka panjang, namun pada masa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut merancang pembesaran Terminal 1 dan 2.

“Buat masa ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang meneliti keperluan pembangunan fasa pertama bagi projek pembesaran di kawasan
Terminal 1 KLIA.

“Cadangan pembesaran ini meliputi keperluan menampung peningkatan trafik bagi sektor penumpang, kargo dan juga pesawat selaras dengan pelan perniagaan syarikat-syarikat penerbangan negara,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung perancangan pembinaan Terminal 3 KLIA untuk meningkatkan fasiliti, kemudahan dan perkhidmatan bagi pengembara udara.

Loke berkata pembanguna jangka panjang di KLIA akan meningkatkan kapasiti 30 juta penumpang setahun (mppa) kepada 59 mppa di Terminal 1 manakala 45 mppa kepada 67 mppa di Terminal 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.