
Terdahulu, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan mengumumkan kerajaan insentif itu kepada peniaga kecil mempunyai jualan tahunan di bawah nilai ambang RM150,000.
Menurutnya, langkah itu akan memanfaatkan lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja.
Presiden Samenta William Ng berkata pihaknya menyambut baik pengumuman itu namun berharap diperluaskan kepada peniaga kecil catat jualan tahunan bawah nilai ambang RM300,000 sejajar takrifan perusahaan mikro.
“Langkah ini akan mengecualikan 70,000 lagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menjadikan jumlah keseluruhan syarikat dikecualikan kepada 770,000.
“Kebanyakan peniaga kecil menghadapi cabaran besar dalam melaksanakan e-invois kerana kekangan kewangan, tahap pendidikan terhad dan kurangnya kepakaran teknikal.
“Malah ramai telah menyatakan kesediaan menutup perniagaan mereka pada 1 Jul tahun ini, terutamanya kerana faktor usia dan margin keuntungan terlalu kecil bagi menampung keluk pembelajaran e-invois yang curam,” katanya dalam kenyataan.
Hamzah juga mengumumkan kerajaan setuju pelaksanaan e-Invois bagi perusahaan PMKS yang mempunyai nilai jualan tahunan antara RM150,000 dan RM500,000 setahun ditangguhkan kepada 1 Jan 2026.
Pelaksanaan e-Invois fasa ketiga secara menyeluruh sepatutnya bermula pada 1 Jul depan yang membabitkan semua jenis perniagaan termasuk PMKS.
Pelaksanaannya telah bermula sejak 1 Ogos 2024 bagi syarikat mempunyai jualan tahunan melebihi RM100 juta.
Fasa kedua membabitkan syarikat merekodkan jualan tahunan antara RM25 juta dan RM100 juta.
Sebanyak 25,173 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois yang membabitkan pengeluaran 181.3 juta e-Invois secara keseluruhan,” katanya.