
Pengarah Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, berkata data itu diperoleh berdasarkan jumlah permohonan pas lawatan sosial jangka panjang dibuat warga asing dari kedua-dua negara tersebut.
“Jumlah lelaki Thailand yang membuat permohonan itu meningkat pada 2024 iaitu 78, berbanding 57 pada 2023 selepas berkahwin dengan wanita Kelantan.
“Lelaki Pakistan yang berkahwin dengan wanita Kelantan juga menunjukkan peningkatan iaitu 34 pada 2024 berbanding 27 pada 2023,” katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Yusoff berkata antara faktor perkahwinan itu adalah diperkenalkan oleh rakan, saudara-mara serta perkenalan di laman media sosial seperti Facebook.