
Presiden PAS mendakwa, ‘wujud banyak aturan’ mesyuarat yang dibuat secara spontan apabila teguran diberikan pihak pembangkang, menyifatkan ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Apabila pembangkang nak tegur atau marah…buat peraturan. Tak boleh macam ni,” katanya ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat.
“Melainkan (pembangkang) mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.”
Sementara itu, Hadi sekali lagi menggesa kerajaan memberikan peruntukan kepada pembangkang bagi menjamin keadilan.
“Demokrasi bukan sahaja untuk kerajaan dan pembangkang, lepas pilihan raya tiada. Semua rakyat pun sama,” katanya.
November lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mengumumkan pintu rundingan berhubung memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang ‘sudah ditutup’ memandangkan keputusan Perikatan Nasional menolaknya sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya kerajaan masih terbuka berbincang dengan Ahli Parlimen pembangkang ‘secara individu’.