
Katanya, perintah itu melibatkan aktiviti pembersihan agar pesalah dapat “menyumbang balik” kepada alam sekitar.
Beliau berkata, menerusi pindaan undang-undang, mereka yang gagal mematuhi perintah khidmat masyarakat boleh dikenakan denda RM2,000 hingga RM10,000.
Punca kuasa sedia ada mengikut akta yang berkaitan hanya memberi peruntukan denda RM500 hingga RM2,000 atau penjara setahun.
“Aktiviti pembersihan yang akan dilaksanakan di bawah perintah khidmat masyarakat ini merupakan sumbangan balik pesalah kepada alam sekitar yang dapat memberikan manfaat.
“Seterusnya menyokong hasrat kerajaan dalam mewujudkan negara yang lebih bersih, indah dan sejahtera,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Nga berkata, kementerian bercadang melaksanakan perintah tersebut melalui pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
“Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik masyarakat supaya peka terhadap kebersihan dan tidak membuang sampah kecil di kawasan awam dengan sewenang-wenangnya,” katanya.