Ahli Parlimen BN cadang 2 hari cuti Aidiladha

Ahli Parlimen BN cadang 2 hari cuti Aidiladha

Ahli Parlimen Jempol Shamshulkahar Deli berkata cuti sehari terlalu singkat meraikan perayaan itu termasuk pelaksanaan ibadah korban.

Ahli Parlimen Jempol Shamshulkahar Deli, berkata faktor logistik dan masa sangat singkat menyukarkan umat Islam pulang ke kampung halaman menyambut Aidiladha.
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyeru kerajaan menetapkan dua hari cuti umum di seluruh negara bagi sambutan Aidiladha, berbanding sehari ketika ini.

Shamshulkahar Deli (BN-Jempol) berkata, cuti sehari tidak mencukupi kerana menyukarkan umat Islam untuk pulang ke kampung halaman menyambut perayaan itu.

“Ramai yang tidak dapat merayakan Hari Raya Aidiladha di kampung sebab faktor logistik, masa yang sangat singkat dan melaksanakan ibadah korban serta meraikan perayaan Aidiladha yang menjadi tuntutan ajaran Islam,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Ketika ini, hanya Kelantan dan Terengganu menetapkan cuti umum dua hari bagi Aidiladha.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.