Pembantu Lim mohon maaf kepada Steven Sim

Pembantu Lim mohon maaf kepada Steven Sim

Tan Khong Chong kesal dengan tindakannya yang didakwa mengganggu Steven Sim dan perkembangan lain menyusul selepas itu.

Tan Khong Chong dilaporkan melemparkan kata-kata kasar terhadap Steven Sim dalam satu majlis makan malam sempena ulang tahun kelahiran ke-84 Lim Kit Siang di Pulau Pinang, Sabtu lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pembantu kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng memohon maaf di atas tindakannya yang didakwa menganggu Ketua DAP Pulau Pinang Steven Sim dalam satu majlis makan malam, Sabtu lalu.

Menurut Kwong Wah Yit Poh, Tan Khong Chong dalam satu kenyataan ringkas menyatakan rasa kesal terhadap tindakannya dan perkembangan lain menyusul selepas itu.

“Berhubung kejadian antara Ketua DAP Pulau Pinang Steven Sim dan saya pada majlis makan malam kesyukuran Lim Kit Siang (sempena ulang tahun ke-84) di Pulau Pinang dan perkembangan seterusnya, saya memohon maaf secara terbuka kepada beliau dan parti,” katanya dipetik berkata.

Terdahulu, Sim yang juga menteri sumber manusia berkata beliau enggan isu dirinya diganggu Tan Sabtu lalu berlanjutan kerana tidak memberi manfaat kepada perpaduan parti.

Menurutnya, ketika dilantik mengetuai DAP Pulau Pinang pada September lalu, beliau menjadikan perpaduan parti sebagai teras untuk usaha kita memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

“Justeru, saya tidak inginkan isu tidak memanfaatkan perpaduan parti berlanjutan,” katanya yang mengenali Tan sebagai ahli DAP yang setia.

Semalam, Malaysiakini melaporkan pembantu berkenaan melemparkan kata-kata kasar terhadap Sim dan menggelarnya pengkhianat.

Saksi berkata, kejadian berlaku ketika Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu bersalaman dengan penyokong pada majlis makan malam sempena ulang tahun kelahiran Kit Siang ke-84.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.