
Menteri sumber manusia itu turut mengesahkan mengenali Tan Khong Chong, pembantu kepada pengerusi DAP terbabit dalam insiden berkenaan yang disifatkannya sebagai ahli parti yang setia.
Menurutnya, ketika dilantik mengetuai DAP Pulau Pinang pada September lalu, beliau menjadikan perpaduan parti sebagai teras untuk usaha kita memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
“Justeru, saya tidak inginkan isu yang tidak memanfaatkan perpaduan parti berlanjutan.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi – it was just a storm in a teacup, let us move on and move forward, together and stronger. Jalan teruih!,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Malaysiakini melaporkan pembantu berkenaan melemparkan kata-kata kasar terhadap Sim dan menggelarnya pengkhianat.
Saksi berkata, kejadian berlaku ketika Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu bersalaman dengan penyokong pada majlis makan malam sempena ulang tahun kelahiran tokoh DAP Lim Kit Siang ke-84.