
Nasihat itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar susulan tular di media sosial menunjukkan seorang penjaja tepi jalan meletakkan notis berunsur perkauman di atas meja yang digunakan untuk menjual jagung bakar.
Insiden itu dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang, di mana penjaja terbabit meletakkan notis berbunyi:
“Sorry, ini jagung tiada jual sama orang keling.”

Perkataan keling adalah istilah menghina yang digunakan terhadap masyarakat India.
“Kita kena hati-hati dalam perkataan kita…perbuatan kita dan sensitiviti kaum lain,” kata Na’im selepas menghadiri program jalinan muhibah Madani sempena Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Persatuan Hokkien Klang.
“Ini satu perkara yang nama pun sensitif jadi masyarakat kena berhati-hati dan kita tak mahu apa saja perkataan dan perbuatan yang kita kata akan menyebabkan kemarahan kaum lain.
“Jadi, hormat dan menghormati itu sangat diperlukan,” katanya.