
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya.
Karim meraih 669 undi, sekali gus meletakkannya di tempat kelima daripada enam calon bertanding.
Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Pemilihan Awang Bemee Awang Ali Basah pada Perhimpunan Agung Ke-16 PBB pagi tadi, lapor Bernama.
Ibrahim meraih undi terbanyak dengan 910 undi, diikuti Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi yang berjaya mempertahankan jawatannya dengan 900 undi.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Annuar Rapaee juga berjaya mempertahankan jawatannya apabila meraih 788 undi.
Seorang lagi yang berjaya mengisi jawatan itu ialah pencabar baharu, Len Talif Salleh. Timbalan menteri perancangan bandar, pentadbiran tanah dan alam sekitar Sarawak itu menang dengan 687 undi.
Selain itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Abdul Rahman Junaidi juga gagal mempertahankan jawatan apabila meraih 546 undi.
TVS, rangkaian televisyen Sarawak, melaporkan Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dipilih semula sebagai setiausaha agung parti.
PBB terbahagi kepada dua sayap iaitu Bumiputera terdiri daripada Melayu/Melanau manakala Pesaka terdiri kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Lebih 4,000 perwakilan menghadiri perhimpunan agung itu yang berlangsung dari 14 hingga 16 Feb.