Polis cari 2 lelaki tular gaduh di Tambak Johor

Polis cari 2 lelaki tular gaduh di Tambak Johor

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata video tular itu dikesan semalam dan polis telah memulakan siasatan.

Polis cari
Tangkap layar video tular di media sosial membabitkan pergaduhan dua lelaki di Tambak Johor yang turut mendapat perhatian warga Singapura.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengenal pasti dua lelaki yang tular di media sosial negara ini dan Singapura selepas dipercayai bergaduh di tengah jalan dekat Tambak Johor, semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata video tular itu dikesan semalam dan polis telah memulakan siasatan.

“Kita giat mengenal pasti individu terbabit kejadian, saksi dan menyiasat punca sebenar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat Inspektor Ng Boon Jian di talian 016-7500470,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.

Terdahulu, video tular itu menunjukkan pergaduhan antara dua lelaki di Tambak Johor yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai Toyota Vellfire.

Pemandu MPV kelihatan keluar kenderaan dalam keadaan marah, sebelum penumpang sebuah lagi MPV keluar lalu berlaku pertengkaran mulut.

Situasi menjadi semakin kecoh apabila kedua-duanya bertumbuk di kawasan terbabit.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan beberapa pengguna jalan raya yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.