
Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira 10.23 pagi daripada lelaki terbabit yang memaklumkan keberadaannya itu.
Menurutnya, anggota bomba menerima panggilan telefon itu cuma memujuk lelaki terbabit yang turut memohon bercakap dengan Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak.
Lelaki itu mendakwa Ajak adalah kenalannya.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada 10:32 pagi, mangsa berada di hujung bangunan tingkat 11 dan sukar mendekati mangsa kerana dia memegang parang.
“Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh anggota bomba dengan bantuan selebriti tanah air tersebut yang turut hadir ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat membabitkan balai bomba dan penyelamat Sentul dan Sri Hartamas.