Rangka tindakan penuaan rangkumi pelan jangka pendek, sederhana, panjang

Rangka tindakan penuaan rangkumi pelan jangka pendek, sederhana, panjang

Perdana menteri berkata, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan itu perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi berkaitan.

mesyuarat MTEN
Perkara berkaitan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan diputuskan pada mesyuarat MTEN, kata Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, perkara itu diputuskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi hari ini.

“Mesyuarat juga telah diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia (BNM),” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

“Natijahnya, penyelarasan dasar kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur, demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.