N Sembilan tarik balik darjah kebesaran bekas naib canselor UKM

N Sembilan tarik balik darjah kebesaran bekas naib canselor UKM

Yang Dipertuan Besar menitahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan dikurniakan pada 2019 ditarik balik berkuat kuasa serta- merta.

Mohd Ekhwan Toriman
Dilaporkan pada 3 Feb Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib canselor UKM. (Gambar UKM)
PETALING JAYA:
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan darjah kebesaran bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.

Pendaftar Darjah, Mohd Zafir Ibrahim, berkata Yang Dipertuan Besar menitahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurniakan pada 14 Jan 2019 ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Malaysia.

Dilaporkan pada 3 Feb lalu, Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya dan memohon maaf kepada warga universiti atas sebarang kekhilafan sepanjang tempoh kepimpinannya.

“Saya (juga) dengan ini menarik diri dari segala WhatsApp rasmi universiti,” katanya dalam kenyataan.

“Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan yang dilontarkan di mana laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun dibuat.”

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sebarang butiran lanjut.

Keesokannya, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan itu dan berkata pihaknya akan bertemu Ekhwan dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.