Pengarah syarikat disyaki buat tuntutan palsu lebih RM78,000 direman

Pengarah syarikat disyaki buat tuntutan palsu lebih RM78,000 direman

Suspek berusia 44 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

macc
Suspek ditahan petang semalam kerana disyaki membuat tuntutan palsu berkaitan kerja perbekalan peralatan sukan badminton berjumlah RM78,812.60, kata sumber.
PETALING JAYA:
Seorang pengarah di sebuah syarikat swasta direman lima hari selepas disyaki membuat tuntutan palsu berkaitan kerja perbekalan peralatan sukan badminton berjumlah RM78,812.60, kira-kira dua tahun lalu.

Perintah reman hingga 15 Feb dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret 2 di Ayer Keroh hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun ditahan kira-kira 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Suspek ditahan atas dakwaan mengemukakan dokumen yang mempunyai butir matan palsu kepada seorang akauntan di sebuah syarikat pembekalan bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan badminton berjumlah keseluruhan RM78,812.60 sedangkan pembekalan tidak sempurna dilaksanakan,” katanya, menurut Berita Harian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman terhadap suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.