Hanya sejam proses tuntutan levi HRD Corp, kata menteri

Hanya sejam proses tuntutan levi HRD Corp, kata menteri

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata HRD Corp mengumpul kutipan levi RM2.3 bilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah 32 tahunnya.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Puchong hari ini. (Gambar Bernama)
PUCHONG:
Kementerian Sumber Manusia bercadang mengurangkan masa memproses kelulusan tuntutan levi daripada majikan kepada sejam berbanding seminggu.

“Bagi penyedia latihan, kami menyasarkan tiga hari saja,” kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, kutipan levi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mencecah RM2.3 bilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah 32 tahunnya.

Menurutnya, kadar kelulusan tuntutan levi tahun lalu mencecah 98%, meningkat 29 mata peratusan berbanding 2023.

“Bagi kami, mandat itu jelas; ia bukan hanya mengutip levi, tetapi kita mahu memastikan levi itu digunakan sepenuhnya,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Puchong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.