Sumbangan Tunku Abdul Rahman jadi aspirasi, kata Anwar

Sumbangan Tunku Abdul Rahman jadi aspirasi, kata Anwar

Perdana menteri berharap legasi Tunku Abdul Rahman menjadi panduan dalam usaha kerajaan membina negara lebih baik untuk generasi akan datang.

tunku-abdul-rahman
Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. (Gambar Wikipedia)
PETALING JAYA:
Anwar Ibrahim berkata sumbangan Tunku Abdul Rahman akan menjadi aspirasi menjunjung nilai perpaduan dan keamanan yang membentuk kesatuan negara.

Perdana menteri berharap legasi Abdul Rahman menjadi panduan dalam usaha kerajaan membina negara lebih baik untuk generasi akan datang.

“Hari ini, kita mengenang ulang tahun keputeraan sosok negarawan ulung, Tunku Abdul Rahman.

“Nama Tunku tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, keghairahan perdana menteri pertama itu dalam memastikan negara kekal aman dan harmoni perlu terus menjadi inspirasi kepada semua rakyat, terutama dalam menghadapi cabaran semasa.

Menurutnya, dalam mengemudi kerajaan Madani, beliau akan berpegang teguh kepada nilai diwariskan Abdul Rahman seperti perpaduan, integriti dan keadilan buat semua.

“Selain bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.