Lelaki warga asing ditahan cuba mencuri dalam pesawat

Lelaki warga asing ditahan cuba mencuri dalam pesawat

Polis berkata lelaki berusia 52 tahun itu dilihat sedang membuka bagasi milik seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.

handcuff
Polis berkata perintah reman akan dipohon terhadap suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
GEORGE TOWN:
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Polis Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang di Selangor ke Pulau Pinang.

“Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

“Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.