
Dalam kes pertama, warga emas berusia 77 tahun itu kerugian RM3.2 juta menerusi 15 transaksi ke tiga akaun berbeza pada Januari lalu.
Katanya, mangsa kononnya dijanjikan keuntungan RM22 juta dalam satu aplikasi pelaburan, namun pesara itu mula sangsi.
“Mangsa sedar telah diperdaya apabila mendapati dokumen pelaburan diberikan adalah palsu.
“Modus operandi digunakan suspek adalah dengan memperdaya mangsa melalui iklan pelaburan di aplikasi media sosial Facebook,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, seorang lagi pesara berusia 70 tahun kehilangan RM2.21 juta selepas terpedaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud, selepas berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook.
Hussein berkata, mangsa telah membuat 18 transaksi pada Oktober tahun lalu.
“Selepas membuat pembayaran mangsa tidak menerima keuntungan dijanjikan,” katanya.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.