Langkah susun semula agar Petronas dapat terus dukung pembangunan negara

Langkah susun semula agar Petronas dapat terus dukung pembangunan negara

Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, kata CEO.

Tengku Muhammad Taufik Aziz
Petronas adalah sebuah syarikat minyak nasional tetapi sentiasa beroperasi sebagai sebuah syarikat minyak antarabangsa, kata Presiden dan CEO Tengku Muhammad Taufik. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tengku Muhammad Taufik.

Pada masa ini, Petronas mempunyai tenaga kerja seramai 52,000 orang dan 16,000 daripadanya terdiri daripada pemangkin utama.

Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.

“Petronas adalah sebuah syarikat minyak nasional (NOC) tetapi sentiasa beroperasi sebagai sebuah syarikat minyak antarabangsa (IOC).

“Pesaing kami juga telah membuat keputusan sukar yang sama,” katanya pada sesi taklimat kepada editor media hari ini.

Pada peringkat global, katanya, margin industri minyak dan gas berkurangan kepada 20% daripada 40 hingga 45% sebelum ini.

“Ini akan terus berkurangan kepada 16 hingga 18%. IOC lain mendapat 12 hingga 13%,” katanya.

Tengku Muhammad Taufik berkata, untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara, yang bermaksud melabur dan berkembang, misalnya dalam tenaga hijau, Petronas perlu mempunyai tenaga kerja yang bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Sejak penubuhannya, Petronas telah menyumbang RM1.5 trilion dalam bentuk dividen, cukai jualan negeri, bayaran tunai, duti eksport dan kumpulan wang amanah negara.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan. tanpa melaksanakan langkah sukar itu, ia akan menjejaskan kelangsungan Petronas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.