Akaun X Dr M digodam, promosi mata wang kripto

Akaun X Dr M digodam, promosi mata wang kripto

Pejabat Dr Mahathir Mohamad sedang cuba mendapatkan kembali akaun bekas perdana menteri itu.

Tangkap layar memaparkan catatan mempromosikan apa yang didakwa mata wang kripto, di akaun rasmi Dr Mahathir Mohamad di X.
PETALING JAYA:
Akaun rasmi Dr Mahathir Mohamad di platform X telah digodam, menurut kenyataan ringkas daripada pejabat bekas perdana menteri itu.

Suatu tangkap layar memaparkan catatan mempromosikan apa yang didakwa mata wang kripto dan suatu platform.

“Akaun X rasmi Mahathir (chedetofficial) telah digodam. Pihak kami sedang cuba dapatkan kembali akaun tersebut,” menurut kenyataan.

Terdahulu, pembantu kepada bekas perdana menteri itu mengesahkan akaun tersebut digodam.

“Betul, akaun kena ‘hacked’,” kata Adam Mukhriz Muhayeddin dalam kumpulan WhatsApp untuk media.

FMT mendapati catatan mempromosikan mata wang kripto itu tersebut telah dipadam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.