
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan terhadap kedua-dua mereka sedang dijalankan.
“Kami berkemungkinan akan menyerahkan IP kepada AGC pada Khamis untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas menghadiri majlis penutup Op Selamat 23.
Sebanyak 16 laporan dibuat terhadap Harith dan Yap, yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad menerusi kenyataan mereka di media sosial.
Hantaran mereka itu susulan kontroversi penjualan sandwic ham yang didakwa tidak mempunyai sijil halal di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya.
Yap meninggalkan komen pada hantaran Facebook oleh Harith, yang sedang disiasat kerana bergurau bahawa imannya goyah selepas melihat menu yang mengiklankan ‘kop ham sap’ kerana ia mengandungi perkataan ‘ham’.
Beliau memohon maaf pada 27 Jan kerana membuat kenyataan tidak sensitif terbabit.
Siasatan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.