
Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.15 petang.
“Anggota dari Balai Polis Pangkor datang ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tersebut bagi mengesahkan kejadian itu.
“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan terlungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air,” katanya dalam kenyataan lapor Kosmo.
Beliau berkata, pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222.