Kes pukul OKU: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya esok

Kes pukul OKU: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya esok

Polis Terengganu telah melengkapkan siasatan selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Kemaman.

oku langgar kedai
Dalam kejadian 17 Jan lalu, lelaki OKU Nor Al Faizan Jusoh cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal ditungganginya terlanggar gerai jualan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.
PETALING JAYA:
Polis telah menyiapkan kertas siasatan berkaitan kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di sebuah pasar tani di Kemaman bulan lepas.

Ketua Polis Mohd Khairi Khairuddin berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Kemaman, dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya esok.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak pendakwa raya akan meneliti kes ini bagi menentukan sama ada semua suspek akan didakwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) ke-2 Kontinjen Terengganu di Dungun hari ini, lapor Bernama.

Dalam kejadian 17 Jan lepas, Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal ditungganginya terlanggar gerai jualan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

Susulan itu, enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.