Hina Agong, ibu 5 anak didenda RM4,000

Hina Agong, ibu 5 anak didenda RM4,000

Norli Mohamed Yusof, 53, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut yang menghina Agong di Facebook tahun lepas.

Norli Mohamed Yusof, 53, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Seorang ibu kepada lima anak didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook tahun lepas.

Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail memerintah Norli Mohamed Yusof, 53, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang jahit didakwa menerbitkan hantaran berkenaan di akaun Facebook Norli Nor pada 2 petang, 11 Dis di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

Dia didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan berikutnya boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Ab Latif dan Lydia Salleh manakala tertuduh diwakili peguam K Bharathi dan P Rajagunaseelan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.