
“Saya memohon pihak tidak bertanggungjawab ini menurunkan hantaran tersebut dan bertaubat.
“Anda bukan saja memangsakan rakyat Selangor, tetapi anda memangsakan golongan memerlukan,” katanya menurut Sinar Harian.
Akaun Facebook itu memaparkan hebahan kerajaan negeri menyediakan RM3,600 setahun atau RM300 sebulan di bawah program Bingkas bersama pautan permohonan.
Bingkas antara program bantuan kewangan terbesar dilancarkan kerajaan Selangor sejak 2018 yang menawarkan bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan serta kelengkapan pendidikan.
Pengundi berdaftar di Selangor, lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun yang mempunyai sekurang-kurangnya tanggungan dua individu berusia 18 tahun ke bawah boleh memohon bantuan itu.
Anfaal yang juga Adun Taman Templer mengingatkan pemohon merujuk saluran rasmi program Bingkas di laman rasmi kerajaan negeri.
“Maklumat juga boleh didapati melalui akaun rasmi saya, Media Selangor atau aplikasi SELangkah untuk memastikan kesahihan fakta.”