Urus isu agama menerusi dialog, bukan gertakan, kata Ahli Parlimen

Urus isu agama menerusi dialog, bukan gertakan, kata Ahli Parlimen

Ahli Parlimen Bukit Bendera MP Syerleena Abdul Rashid mahu semua pihak tidak terjerumus naratif melaga-lagakan antara satu sama lain.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid, berkata perkara agama tidak sepatutnya dieksploitasi bagi keuntungan politik. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua parti politik termasuk Umno perlu menangani isu sensitif agama menerusi libat urus dan dialog, berbanding menggunakan taktik gertakan atau intimidasi.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dari DAP, menyeru “tindak balas membina demi memupuk persefahaman dan bukan pergeseran” dan mengingatkan bahaya terhadap retorik pecah belah.

Katanya, perkara agama tidak sepatutnya dieksploitasi demi keuntungan politik.

“Kita sama sekali tidak boleh terjerumus naratif negatif melaga-lagakan antara satu sama lain,” katanya kepada FMT. “Adalah lumrah perkara agama membangkitkan sentimen yang kuat, namun kita mesti memastikan maklum balas berpadanan, membina, dan tidak memecahkan.”

Beliau menekankan kerencaman Malaysia, sambil menyatakan “keupayaan melibatkan diri dalam dialog bermakna dan penuh hormat mentakrifkan kita sebagai sebuah negara.”

Ulasan Syerleena sebagai maklum balas terhadap peringatan Majlis Ulama Umno ke atas menteri bukan Muslim yang sepatutnya berhati-hati memberi kenyataan melibatkan isu agama dan Muslim.

Mereka merujuk isu mutakhir ini melibatkan sandwic ‘ham dan cheese’ menggunakan logo halal palsu dan penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin rentas parti.

Walaupun Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming membuat pendirian ke atas dua isu dibangkit, majlis itu tidak menyebut nama menteri dikatakan itu dalam kenyataannya.

Ahli politik selain Syerleena juga menyokong saranan dialog.

C Sivaraj
C Sivaraj.

Senator dari MIC, C Sivaraj, mahu semua parti berwaspada mengulas, memandangkan sensitiviti semakin meningkat berlegar isu keagamaan. “Kita mesti menjaga hubungan sesama. Kini, semuanya dilihat dari kaca mata agama, jadi kedua-dua pihak mesti berhati-hati,” katanya.

Fong Kui LunAhli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, berkata Malaysia milik semua warganya yang berbilang bangsa dan agama, sambil menambah semua pihak mesti komited mempertahankan kesatuan dan dialog penuh hormat.

“Rakyat Malaysia mesti memilih kebijaksanaan mengatasi konflik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.